Rogol berkumpulan: Polis kesan Muhammad Nuraffiq - Utusan Malaysia

Rogol berkumpulan: Polis kesan Muhammad Nuraffiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki dikesan polis bagi membantu siasatan kes rogol seorang wanita secara berkumpulan di sebuah rumah di Wangsa Maju, pada Rabu lalu.

Satu laporan polis dibuat wanita berkenaan pada pukul 4.52 pagi daripada wanita berusia lingkungan 20-an itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa telah dirogol pada pukul 3.30 pagi oleh lima lelaki di sebuah rumah di Wangsa Maju.

Justeru kata beliau, seorang saksi iaitu Muhammad Nuraffiq Ja’afar berusia 29 tahun beralamat di PPR Laksamana Cochrane 2, Jalan Peel, dekat sini sedang dikesan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Inspektor, Siti Fadzilah Ahmad Fisal di talian 017-6240252 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999,” katanya dalam satu kenyataan.

Ashari berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita diperkosa bergilir-gilir oleh lima lelaki di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 27 tahun sedang tidur di dalam biliknya tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya