RM100 juta manfaat untuk usahawan bumiputera

RM100 juta manfaat untuk usahawan bumiputera

DR. ASYRAF Wajdi Dusuki (tengah) menyaksikan penyerahan surat tawaran kerja-kerja pemasangan panel solar kepada lapan vendor ProSolar oleh Zulfikri Osman (kanan) kepada Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng dalam Majlis Aspirasi Keusahawanan Bumiputera 2023 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan peruntukan tambahan RM100 juta bagi kemudahan pembiayaan perniagaan tahun 2023 yang menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan RM480 juta untuk manfaat kepada 4,800 usahawan.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Mara bukan menawarkan pembiayaan sahaja malah terdapat mentoring, padanan perniagaan dan turut memberi peluang kepada produk berpotensi untuk meluaskan pemasaran ke luar negara.

Katanya, Program Aspirasi Keusahawanan Bumiputera (Mercu) 2023 di bawah Mara dilancarkan bagi meneruskan misi merangsang pertumbuhan ekonomi usahawan bumiputera serta kekal berdaya saing di pasaran.

Beliau berkata, program itu bukan sahaja untuk menyampaikan informasi tentang kemudahan keusahawanan yang ditawarkan Mara, tetapi membuka laluan kepada usahawan bumiputera meluaskan akses pasaran ke peringkat antarabangsa.

“Mara mahu memastikan usahawan-usahawan bumiputera giat aktif dan bukan sekadar menerima pembiayaan tetapi mewujudkan rangkaian dan ekosistem yang saling melengkapi serta tolong-menolong antara satu sama lain terutama usahawan yang baru bertapak bagi memacu pembangunan dan kelestarian mereka.

“Ternyata pengalaman kita dengan usahawan-usahawan yang melaksanakan program-program dalam sektor ini berjaya kekal dalam perniagaan dan mampu terus berkembang dengan lebih pesat.

“Mercu tahun ini akan membantu usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) untuk meninjau peluang dan mengambil bahagian di dalam program keusahawanan khas yang dirangka Mara bagi memperkukuh daya saing mereka di pasaran tempatan serta global,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Mercu 2023 di sini, semalam.

Yang hadir sama Timbalan Ketua Pengarah Keusahawanan Mara, Datuk Zulfikri Osman (kiri) dan Pengarah Urusan Gading Kencana, Datuk Ir. Muhamad Guntor Mansor Tobeng

Asyraf Wajdi berkata, Mara bukan setakat membantu usahawan PMKS tetapi mempunyai prospek profesional apabila berjaya membangunkan Program Pembangunan Usahawan Profesional (ProSPEC) dalam bidang perubatan.

“Mara kini sedang giat membangunkan golongan profesional dalam bidang perakaunan dengan 11 outlet beroperasi di bawah jenama Kumpulan Prudence Consulting Group (PACCT),” ujarnya.

Menurutnya, Mara menambah baik dan menjenamakan skim itu sebagai ProSPEC 2.0 yang mana kemudahan berkenaan akan diperluas kepada usahawan profesional di bawah 15 bidang dengan peruntukan sebanyak RM20 juta tahun ini dan menyasarkan 150 usahawan.

“Hari ini juga menyaksikan penyambungan memorandum persefahaman (MoU) antara Mara dan Petronas Dagangan Berhad (PDB) yang dimeterai untuk tiga tahun lagi.

“Perjanjian ini dijangka memberi nilai tambah kepada skop kerjasama sedia ada dengan memberi peluang kepada pelajar Institusi Pendidikan Mara (IPMA) untuk menempatkan diri di syarikat di bawah PBD,” ujarnya.

Dalam Program Pembangunan Usahawan Teknikal (ProTECH) pula, Mara membangunkan usahawan dalam bidang teknologi tinggi ProSolar melalui industri tenaga boleh diperbaharui.

Sementara itu, melalui Program Pembangunan Usahawan Teknikal Elektrik (ProPOWER), enam usahawan dilantik sebagai vendor yang memperoleh kontrak kerja dengan Telekom Malaysia (TM) dengan nilaian RM10 juta. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya