Ridzuan ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan?

Ridzuan ketua pembangkang DUN Negeri Sembilan?

RIDZUAN AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua pembangkang bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan akan dilantik daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha berkata, perkara itu hasil keputusan pucuk kepemimpinan parti iaitu posisi ketua pembangkang di Selangor dan Negeri Sembilan adalah dari Bersatu.

“Siapakah yang akan dilantik akan diumumkan dalam persidangan DUN nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, PN menang di lima kerusi DUN di Negeri Sembilan.

Kerusi DUN Serting, Paroi dan Bagan Pinang dimenangi PN menerusi wakil dari Pas manakala kerusi Labu dan Gemas dimenangi oleh Bersatu.

Baki 31 kerusi DUN dimenangi oleh Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang sekali gus membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga.

Sementara itu, menurut sumber, ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad merupakan individu yang akan mengetuai blok pembangkang di dalam DUN Negeri Sembilan nanti.

Beliau bagaimanapun ketika dihubungi turut memberitahu menyerahkan perkara itu kepada pucuk kepemimpinan parti untuk membuat keputusan.

DUN Labu yang merupakan satu lagi kerusi milik Bersatu kini disandang oleh Ketua Bersatu Bahagian Rasah, Mohamad Hanifah Abu Baker.

Persidangan pertama DUN Negeri Sembilan bagi Penggal Ke-15 dijadual akan berlangsung pada hujung bulan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya