RHB Islamic Bank salur sumbangan zakat kepada MAIPs RM550,000 - Utusan Malaysia

RHB Islamic Bank salur sumbangan zakat kepada MAIPs RM550,000

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyaksikan penyerahan sumbangan zakat RHB Islamic Bank kepada MAIPs dalam majlis di Masjid Al Furqan Kampung Sentua, Kangar, Perlis.-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: RHB Islamic Bank menyalurkan sumbangan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2022 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM550,000.

Ia merupakan jumlah sumbangan tahunan zakat korporat tertinggi bank berkenaan kepada MAIPs berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.

Pada masa sama, dana zakat sebanyak RM165,000 lagi juga telah diagihkan untuk pembangunan bengkel jahitan di Taman Desa Asnaf, Batu Bertangkup di Chuping dan sebuah bengkel pengusahaan karipap di Kampung Sentua, Utan Aji.

Penyerahan sumbangan tersebut oleh Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Datuk Adissadikin Ali kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor itu disaksikan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis di Masjid Al Furqan Kampung Sentua, di sini.

Adissadikin dalam ucapannya berharap agar kolaborasi bersama antara RHB Islamic Bank dan MAIPs dalam memperkasa ekonomi asnaf dan B40 yang telah terjalin selama beberapa tahun ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

Katanya, ia dapat memberikan impak positif yang lebih besar.

“Kerjasama ini juga merupakan manifestasi komitmen RHB Islamic Bank dalam merealisasikan visi Bank Negara Malaysia berdasarkan Pelan Sektor Kewangan 2022-2026 dan membantu RHB Islamic Bank menguruskan agihan zakat wakalah secara lebih efisien dan terperinci.

“RHB Islamic Bank telah bekerjasama dengan pihak MAIPS melalui Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) bagi mengoptimumkan potensi dan keberhasilan agihan zakat terutamanya dalam aspek pemerkasaan ekonomi di kalangan komuniti B40,” katanya.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin selaku Yang Dipertua MAIPs menzahirkan ucapan terima kasih kepada RHB Islamic Bank atas sumbangan dan bantuan yang telah disalurkan kepada MAIPs.

Baginda turut berharap agar kerjasama antara dua pihak ini akan berterusan dan lebih banyak lagi program serta inisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan khususnya asnaf di negeri ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya