Rasuah pekerja asing: SPRM tunggu keputusan lanjut TPR

Rasuah pekerja asing: SPRM tunggu keputusan lanjut TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menunggu keputusan lanjut daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung kes rasuah pengambilan pekerja asing yang melibatkan pegawai kanan Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar. 

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya melengkapkan kertas siasatan berhubung kes tersebut kira-kira dua bulan lalu. 

“Kes itu dikemukakan kepada TPR dan kita masih lagi menunggu keputusan dari mereka,” katanya kepada pemberita selepas Program Menembak SPRM Bersama Media di Lapang Sasar Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.

Mei lalu, media melaporkan Sivakumar mengesahkan bahawa lima pegawainya yang disiasat SPRM sudah ditamatkan kontrak.

Pemecatan itu rentetan tindakan SPRM menahan dua pegawai kanan Sivakumar susulan siasatan suruhanjaya itu membabitkan isu rasuah dalam sebuah agensi pengambilan pekerja asing, bulan lalu.

Susulan penahanan pegawainya ketika itu, Sivakumar dilaporkan menggantung tugas tiga pegawai kanannya termasuk seorang setiausaha sulit dan seorang pegawai tugas-tugas khas (PTTK) yang ditahan SPRM.

Beberapa hari kemudian, media melaporkan SPRM menggeledah pejabat dan kediaman Sivakumar, namun, Menteri Sumber Manusia itu kemudian menafikan perkara itu di samping menegaskan akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM.

SPRM turut dilaporkan mengambil kenyataan Sivakumar berhubung siasatan kes rasuah mengenai pengambilan pekerja asing itu pada 16 April lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya