Rapid Bus wujud aplikasi laluan integrasi 

Rapid Bus wujud aplikasi laluan integrasi 

MUHAMMAD Yazurin Sallij (kiri) bersama Dr. Mohd Naz’ri Mahrin ketika sesi penyerahan plak penghargaan sambil disaksikan  Mustafar Ali (tengah) pada Hari Terbuka Rapid Bus 2023  di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan di sini, hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rapid Bus Sdn. Bhd. (Rapid Bus) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Smart Selangor merancang membangunkan satu aplikasi penyelarasan perkhidmatan bas di sekitar Lembah Klang.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, langkah integrasi itu bagi menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang hasil saranan daripada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Katanya, pihaknya sedang mengumpulkan data hasil kerjasama Rapid Bus, bas percuma GoKL dan bas Smart Selangor di bawah Kerajaan Negeri Selangor yang akan dimanfaatkan oleh pengguna seawal hujung tahun ini.

“Perkhidmatan integrasi ini dipantau di bawah pengawasan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi mengelakkan pertindihan daripada segi operasi bas sekitar Lembah Klang.

“Hasil kerjasama ini juga akan menjadikan aplikasi itu dapat mengakses data laluan bas dalam satu aplikasi seperti PULSE dan GoKL,” katanya pada majlis Hari Terbuka Rapid Bus 2023 yang julung kali diadakan bagi mendekatkan orang ramai dengan pengangkutan awam di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, di sini, hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Rapid Bus, Datuk Seri Mustafar Ali dan Dekan Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia,  Prof. Madya Dr. Mohd Naz’ri Mahrin.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan akan menyelaraskan laluan perkhidmatan bas untuk mengelakkan pertindihan antara satu sama lain bagi mewujudkan laluan yang lebih efisien.

Berhubung program itu, Mustafar berkata, ia diadakan bagi memberi peluang kepada pengguna memahami dengan lebih lanjut pengangkutan awam terutama bas Rapid KL.

“Penganjuran Hari Terbuka Rapid Bus ini menekankan komitmen Rapid Bus dalam memacu transformasi bas ke arah memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Para pengunjung juga diberi kesempatan mencuba sistem simulasi bas yang digunakan oleh kapten-kapten bas dan melawat depoh, forum, gerai makanan dan aktiviti cabutan bertuah.

Sempena program itu, para pengunjung diberi kesempatan mencuba sistem simulasi bas yang digunakan oleh kapten-kapten bas dan melawat depoh, forum, gerai makanan serta aktiviti cabutan bertuah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya