Radzi Jidin mungkin dipanggil sprm minggu hadapan

Radzi Jidin mungkin dipanggil SPRM minggu hadapan

RADZI JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa dokumen telah dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan projek percetakan buku bernilai kira-kira RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Satu sumber mendedahkan, keterangan bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkemungkinan diambil minggu hadapan. 

“Dokumen itu dirampas susulan penahanan bekas setiausaha politik bekas menteri kanan itu.

“Individu terbabit bersama seorang lagi lelaki berusia 50-an yang juga pemilik sebuah syarikat bagaimana dibebas hari ini dan tidak disambung reman,” katanya di sini.

Terdahulu, seorang bekas setiausaha politik bekas menteri kanan antara dua SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta.

Sumber berkata, lelaki berusia 20-an itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 50-an yang juga pemilik sebuah syarikat ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya sebelum ini mengesahkan penahanan terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Susulan itu, Radzi dalam satu kenyataan menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah membabitkan lebih RM80 juta.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya