Qari Kelantan berbesar hati terima banglo dari kerajaan negeri

Qari Kelantan berbesar hati terima banglo dari kerajaan negeri

MUHAMMAD Qayyim Nizar Sarimi ketika memperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran pada Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu, Kelantan, semalam. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M Muhammad Qayyim Nizar Sarimi berbesar hati selepas Kerajaan Kelantan menghadiahkan sebuah banglo di atas kejayaannya mengharumkan nama negeri itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Muhammad Qayyim yang menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-25 semalam berkata, hadiah itu menunjukkan kerajaan meneruskan kesinambungan meraikan kejayaan dan memberi penghargaan tinggi kepada para qari serta qariah di negeri ini yang menjulang nama Kelantan di pentas antarabangsa.

“Sebelum ini juga kerajaan negeri turut menghadiahkan sebuah banglo kepada qari dan qariah dari Kelantan yang memenangi pertandingan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa.

“Rasanya keraian sebegini tidak berlaku di negeri lain dan hanya ada di Kelantan. Jadi terima kasih kepada kerajaan negeri terutama Menteri Besar,” katanya ketika ditemui pada Majlis Amanat Menteri Besar Kelantan Darul Naim di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

Muhammad Qayyim yang masih lagi terbayang saat kemenangan itu memberitahu, antara petua atau tips untuk mencapai kejayaan sebegitu adalah rasa sentiasa belajar, istiqamah, menghormati guru dan sebagainya.

Katanya, beliau masih lagi mengikuti rutin latihan tilawah al-Quran seminggu sekali bersama guru dan meneruskan latihan suara secara bersendirian dalam tempoh satu hingga dua minit setiap hari.

“Sehingga kini saya berjaya menguasai tujuh jenis tarannum iaitu baiyati, soba, hijaz, nahawand, rast, jiharkah dan sikah.

“Sekiranya masih diberikan ruang, insya-Allah saya akan terus menyertai kejohanan tilawah tetapi di peringkat antarabangsa sahaja memandangkan saya tidak lagi boleh menyertai pertandingan di peringkat tempatan dan kebangsaan,”ujarnya.

Terdahulu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengumumkan Kerajaan Negeri Kelantan akan menghadiahkan sebuah banglo bagi meraikan kejayaan Muhammad Qayyim dinobatkan sebagai johan Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1445H/2023M

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menghadiahkan sebuah rumah banglo kepada saudara Muhammad Qayyim yang mana nilai rumah berkenaan adalah RM428,300,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya