Pusat urut gaji pekerja asing diserbu

Pusat urut gaji pekerja asing diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebuah pusat urut yang menggajikan pekerja warga asing tanpa permit di Taman Cahaya, di sini diserbu polis kelmarin.

Dalam serbuan pukul 3.45 petang itu, seorang lelaki berusia 22 tahun sebagai penjaga premis bersama lima wanita Indonesia dan seorang wanita warga China berusia antyara 40 tahun hingga 58 tahun diberkas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis turut merampas  anak kunci loker, satu botol minyak, dua helai tuala dan wang tunai RM308.

“Semakan ke atas tangkapan pertama sehingga keenam tiada sebarang rekod jenayah manakala ujian air kencing kesemua adalah negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959 dan 1963 dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan bekerja tanpa permit sah.

“Suspek direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

“Polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terbabit dalam apa apa perbuatan menjalankan premis dengan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah dan bekerja tanpa permit yang sah,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya