Pulau Pinang: 1,054 ditangkap terlibat aktiviti judi tahun ini setakat kelmarin - Utusan Malaysia

Pulau Pinang: 1,054 ditangkap terlibat aktiviti judi tahun ini setakat kelmarin

KHAW KOK CHIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang telah menjalankan sebanyak 1,041 serbuan melibatkan 1,054 tangkapan terhadap aktiviti perjudian loteri awam tanpa lesen sepanjang Januari lalu setakat kelmarin.

Ketua Polis Negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, nilai rampasan membabitkan aktiviti berkenaan sepanjang tempoh tersebut ialah RM88,879.

”Sejumlah 605 serbuan yang melibatkan 630 tangkapan dibuat terhadap aktiviti perjudian secara dalam talian dengan nilai rampasan berjumlah RM25,058 dijalankan di seluruh kontinjen Pulau Pinang bagi tempoh sama,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, sepanjang tempoh sama, sebanyak 18 serbuan melibatkan 32 tangkapan dengan nilai rampasan RM13,961 dijalankan ke atas perjudian catit taruh (bookies lumba kuda).

Dalam pada itu, polis juga telah melaksanakan Op Pemotongan Bekalan Elektrik dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) kelmarin.

”Sejumlah 13 premis yang dijadikan premis perjudian telah diambil tindakan pemotongan bekalan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Hasil daripada tindakan ini menjadikan jumlah premis yang telah diambil tindakan pemotongan elektrik sepanjang Januari hingga September ialah 44 buah premis,” katanya.

Tambahnya, pihak polis tidak akan berkompromi dengan sebarang penganjuran aktiviti perjudian di negeri ini.

”Tindakan secara berterusan akan diambil bagi menangani aktiviti haram ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkannya kepada pihak polis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya