Projek ekopelancongan ancam hutan, keselamatan penduduk - Utusan Malaysia

Projek ekopelancongan ancam hutan, keselamatan penduduk

KAWASAN bukit yang sudah dibersihkan untuk projek ekopelancongan di Cameron Highlands. - UTUSAN/IHSAN REACH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Persa­tuan Kesedaran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach) menyuarakan kebimbangan terhadap pembangunan projek ekopelancongan di sebuah kawasan bukit di pekan Tringkap di sini yang bukan sahaja menjejaskan hutan tetapi mengancam keselamatan penduduk.

Presiden Reach, A. Dilip Martin berkata, pihaknya hairan bagaimana projek tersebut boleh diluluskan kerana pembangunan di atas bukit itu terletak terlalu hampir dengan rumah penduduk.

Pihaknya bimbang jika projek itu terus dilaksanakan, kemungkinan boleh menyebabkan bencana tanah runtuh dan banjir.

“Kami kesal kerana walaupun ada bantahan, projek berkenaan diteruskan malah kawasan itu sudah dibersihkan.

“Jika kerja-kerja menolak tanah dilakukan, kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir di pekan Tringkap.

“Apakah agensi kerajaan tidak peka terhadap keselamatan penduduk Tringkap? Adakah kerajaan hanya akan bertindak apabila berlakunya bencana alam?” Soalnya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Katanya, dalam Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highlands (RTDCH), kawasan yang diluluskan untuk pelancongan itu adalah kawasan hutan dan Kelas 1, yang tidak boleh dilaksanakan pembangunan.

Katanya, pihak yang berkenaan harus meneliti tanah yang terletak dalam kawasan hutan itu yang mana tahap ketinggian Kelas 1 mengikut RTDCH.

“Persoalannya bagaimana EIA (penilaian impak alam sekitar) mendapat kelulusan di kawasan lebih 90 darjah ketinggian?

“Juga bagaimana laporan EIA diluluskan tanpa mengambil pendapat dan ulasan penduduk pekan Tringkap? Adakah kajian terperinci dijalankan dan telah mendapat kelulusan semua jabatan teknikal?” Soalnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya