Program Konvoi Kembara Madani Ampang, mini karnival\

Program Konvoi Kembara Madani Ampang, mini karnival dapat sambutan

Sebahagian peserta konvoi kembara Madani Ampang bergambar bersama dengan Rodziah Ismail dalam program Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang baru baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang dan Jabatan Penerangan Malaysia menganjurkan Program Konvoi Kembara Madani Ampang 2023 serta mini karnival di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Menurut jurucakapnya, Nuradiana Kamarudin, program bermula seawal pukul 7.30 pagi dan berakhir 2 petang.

Program dirasmikan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail.

Tujuan utama program adalah memberi peluang masyarakat untuk merasai kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, membentuk perpaduan serta muafakat dan menyuburkan semangat kecintaan, patriotisme terhadap tanah air.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kuala Ampang , Majlis Perbandaran Ampang Jaya ( MPAJ) , Selcare dan Pusat Pakaian Hari Hari. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya