Polis siasat kejadian penunggang dipukul lelaki tidak berbaju

Polis siasat kejadian penunggang motosikal dipukul lelaki tidak berbaju

ACP MOHD ZAID HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menyiasat kejadian penunggang motosikal yang dipukul seorang lelaki sehingga tular dalam kejadian di Jalan Utama Cheras Perdana, Kajang di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menerima laporan berhubung video kamera papan pemuka (dashcam) membabitkan penunggang motosikal itu pada 12.09 tengah hari tadi.

Katanya, kejadian disyaki berlaku pada 11.25 pagi Jumaat lalu apabila sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari simpang.

“Kejadian itu menyebabkan sebuah lagi motosikal yang melalui jalan utama yang ditunggang lelaki tanpa baju, gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal berkenaan.

“Penunggang motosikal tanpa berbaju terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kejadian berkenaan turut dirakam melalui papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuatnaik dan tular di Telegram.

Jelasnya, sehingga kini pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau kejadian pukul itu daripada pihak yang terbabit.

“Kes diteruskan dan disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu, boleh berhubung dengan mana-mana balai berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya