Polis siasat Ebit Lew berkaitan dakwaan rogol

Polis siasat Ebit Lew berkaitan dakwaan rogol

EBIT LEW
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Siasatan polis terhadap pendakwah terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew adalah berkaitan dakwaan rogol susulan laporan yang dibuat oleh pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo, baru-baru ini.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Kata beliau, lima hari sebelum Ebit Lew membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan polis dakwaan rogol terhadapnya.

“Setakat ini polis telah memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua kes tersebut.

“Sebaik sahaja tiba di Malaysia, Ebit Lew membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Inteview’.

“Selain satu lagi laporan polis penafian terhadap kes rogol,” katanya dalam  sidang akhbar di Bukit Aman, di sini hari ini.

Kata Mohd. Shuhaily,  setakat ini, wanita warga Indonesia itu masih berada di dalam Malaysia.

Dalam pada itu, ditanya tindakan polis merampas  telefon milik Mondy, beliau berkata, pihaknya mengambilnya untuk ketelusan siasatan.

“Kita ambil telefon Mondy untuk siasat. Memang ada peruntukan undang-undang bila ambil kita siasat pengisian sama dengan apa yang dicakap, masa kejadian dan lain-lain lagi.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya.

CAPRICE

Media sebelum ini melaporkan, polis telah merakam percakapan penyanyi rap, Caprice dan Mondy Tattoo berhubung laporan yang dibuat Ebit Lew, Selasa lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd Fairus Jaafar dilaporkan berkata, rakaman percakapan tersebut diambil di Ibu pejabat Polis Kontinjen(IPK) Selangor bagi siasatan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya