Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan 16 tahun hilang sebulan lalu - Utusan Malaysia

Polis mohon bantuan kesan remaja perempuan 16 tahun hilang sebulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis memohon bantuan orang ramai mengesan remaja perempuan berusia 16 tahun yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu.

Remaja itu, Nur Amira Abdullah yang beralamat di Taman Chandan Desa, Kampung Kepayang di sini kali terakhir dilihat di rumahnya pada 21 Ogos 2023.

Laporan kehilangan remaja itu kemudian dibuat abang remaja terbabit di Balai Polis Simpang Pulai pada hari sama.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi remaja itu berada boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Nurazliza Nordin di talian 019-2403992.

“Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya