Polis Johor serbu 171 premis judi dalam talian, tahan 198 suspek

Polis Johor serbu 171 premis judi dalam talian, tahan 198 suspek

ANTARA suspek ditahan Polis Johor dalam Op Dadu Khas yang dijalankan di seluruh negeri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan seramai 198 suspek dipercayai terlibat dengan aktiviti perjudian dalam talian haram menerusi Op Dadu Khas yang dilaksanakan sejak 22 September lalu, sehingga semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam tempoh itu, pihaknya menjalankan serbuan terhadap 171 premis seluruh negeri.

Menurut beliau, kesemua suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 66 tahun.

“Sepanjang operasi itu dijalankan sejak 22 September lalu, seramai 174 warganegara asing. Turut ditahan adalah seramai 24 warganegara asing.

“Dalam tempoh itu juga, pihaknya merampas 208 unit telefon bimbit pelbagai jenama; 76 pencetak mudah alih dan wang tunai berjumlah RM39,123,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, Kamarul Zaman memaklumkan, semua premis yang diserbu sedang dalam proses pembatalan lesen dan pemotongan bekalan elektrik. 

“Kita sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengambil tindakan tersebut.

“Kesemua tangkapan dibawa ke mahkamah untuk permohonan tahanan reman bagi membantu siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(A)(a) dan 4B(b) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” jelasnya.

Tambah beliau, operasi itu bertujuan membanteras kegiatan judi haram selain meningkatkan keyakinan kepada masyarakat dengan usaha-usaha diambil polis dalam membanteras gejala berkenaan.

“Sehubungan itu, orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan tersebut boleh menghubungi bilik gerakan polis Johor menerusi talian  07-2212999 atau 07-225 4677,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya