MUAR: Calon Perikatan Nasional (PN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Dr. Mohd. Mazri Yahya mendahului kiraan undi Pos di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.
Setakat pukul 7 petang, Mohd. Mazri mendapat 36 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Ir. Nazri Abdul Rahman memperoleh 25 undi. – UTUSAN