PLBM buat pembetulan nama pemain beraksi Kejohanan Dunia - Utusan Malaysia

PLBM buat pembetulan nama pemain beraksi Kejohanan Dunia

NOOR HAZAH TENGKU ABD AZIZ ALHAJ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) membuat pembetulan mengenai pemain beregu lelaki yang memenangi pingat gangsa di Kejohanan Boling Padang Dunia 2023 di Gold Coast, Australia baru-baru ini.

Timbalan Presiden PLBM, Tengku Datin Seri Noor Hazah Tengku Abd Aziz Al Haj berkata, berlaku sedikit kesilapan kerana yang beraksi ialah Izzat Shameer dan Soufi Rusly dan bukannya Izzat Zulkefle-Idham Amin Ramlee.

“Berlaku sedikit kesilapan, Semoga kekeliruan ini berakhir dengan pembetulan ini. Saya percaya kesilapan itu tidak disengajakan dan moral pemain tidak terjejas.

“Ini isu kecil sahaja, kesilapan kecil, kita manusia tidak sunyi daripada membuat kesilapan,” katanya.

Menurutnya, PLBM berbangga dengan kejayaan atletnya meraih emas dan gangsa pada kejohanan di Gold Coast itu.

“Ini kejayaan memberangsangkan oleh atlet boling padang, kita sudah menunggu lama untuknya,” katanya.

Pada kejohanan di Australia itu, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Ahmad Nawawi muncul juara beregu wanita untuk menamat kemarau 15 tahun bergelar juara Kejohanan Dunia yang kali terakhir diraih Safuan Said pada 2008 di Christchurch, New Zealand.

Manakala Izzat Shameer dan Soufi Rusly menduduki tempat ketiga beregu lelaki.

Berikutan kejayaan itu, Nur Ain dan Aleena masing-masing akan menerima RM80,000 di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam). Sementara Izzat-Soufi masing-masing RM10,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya