PH kekal tidak setuju Najib diberi pengampunan - Rafizi

PH kekal tidak setuju Najib diberi pengampunan – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) tidak pernah bersetuju pengampunan diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, PH kekal dengan pendirian itu, malah tidak pernah mencampuri urusan itu (pengampunan).

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata, pengampunan ada prosesnya yang akhirnya ia (keputusan) di bawah bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong.

“Pendirian kita (PH) jelas, tidak bersetuju dan kami juga tidak mencampuri urusan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Program ‘Power Chat’ dan Pelancaran Rasmi Kovensyen Usahawan Cina Sedunia Ke-17 anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, Najib berhak membuat permohonan untuk diampunkan seperti termaktub dalam Perlembagaan.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati Najib bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Susulan itu, Najib dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu.

Bekas Perdana Menteri itu bagaimanapun memfailkan petisyen pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan (PP) pada 2 September 2022. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya