PH-BN Selangor belum hantar petisyen bantah keputusan empat DUN - Utusan Malaysia

PH-BN Selangor belum hantar petisyen bantah keputusan empat DUN

Petisyen PRN
AMIRUDIN Shari melihat pelan salah sebuah projek perumahan di Selangor yang dipamerkan pada Ekspo Hartanah dan Perumahan Selangor 2023 di Shah Alam, Selangor. -  UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) Selangor masih belum menghantar petisyen di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang mereka tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN), bulan lalu.

Pengerusi PH Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya masih menunggu maklum balas daripada peguam yang dilantiknya sebelum menghantar petisyen berkenaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Petisyen sekarang masih dalam urusan peguam dan sedang menunggu maklumat lanjut daripada mereka. Ketika ini kita fokus kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Ekspo Hartanah dan Perumahan Selangor 2023, hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan gabungan tersebut mempertimbangkan untuk menghantar bantahan keputusan bagi DUN Dengkil, Gombak Setia, Sungai Kandis dan Taman Medan dipercaya kerana berlaku pertikaian terhadap keputusan PRN.

Bagaimanapun, PH-BN Selangor pada PRN lalu berjaya menguasai 34 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri.

Sementara itu dalam perkembangan berbeza, Amirudin yang juga Pengerusi PH Pahang memaklumkan, partinya membantu kempen BN Pahang bagi menghadapi PRK DUN Pelangai.

“Sekarang ini, jentera PH Pahang bergerak dan segala aktiviti dikordinasi. Apa yang penting adalah memastikan pengundi di DUN Pelangai terus menjadi milik BN,” ujarnya.

PRK Pelangai berlangsung pada 7 Oktober ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru di antara calon PH-BN, Datuk Amizar Abu, calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya