PETALING JAYA: Penyampai berita, Raymond Goh atau nama Islamnya, Mohd. Zaman Goh dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di sini pada pukul 10.40 pagi tadi.
Difahamkan, solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar dan akan dikebumikan Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Allahyarham Raymond dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar pada 30 Ogos lalu.
Beliau yang memulakan kerjaya sebagai penyampai berita berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan awam. -UTUSAN