Persatuan penduduk diseru mohon geran RM10,000

Persatuan penduduk diseru mohon geran RM10,000

SEBAHAGIAN daripada 52 persatuan penduduk menerima peruntukan RM10,000 menerusi GPPK di Kompleks KDN, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) negeri meminta lebih banyak persatuan penduduk di Melaka memohon Geran Pertubuhan Prihatin Komuniti (GPPK) berjumlah RM10,000 yang diperuntukkan.

Pengarahnya, Nurhafidah Ali berkata, setakat ini hanya 76 persatuan penduduk daripada 100 kuota ditetapkan bagi fasa pertama diluluskan menerusi peruntukan RM1 juta bagi negeri ini.

Menurutnya, semua persatuan penduduk boleh memohon kembali geran tersebut selepas RoS memutuskan untuk melanjutkan tempoh permohonan yang sepatutnya tamat hujung bulan ini sehingga 31 Oktober.

“Saya minta lebih banyak lagi persatuan penduduk memohon geran ini kerana kuota 100 persatuan masih belum dipenuhi. RoS negeri pula sedia membantu persatuan penduduk yang sah berdaftar untuk mengemukakan permohonan dengan datang sendiri ke pejabat di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Ayer Keroh,” katanya.

Tambah Nurhafidah, setakat ini pihaknya telah meluluskan peruntukan bernilai RM760,000 bagi fasa pertama.

Menurutnya, keputusan untuk melanjutkan tempoh permohonan geran bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada persatuan penduduk yang layak memohon.

“Selasa lepas sebanyak 52 persatuan penduduk di negeri ini menerima geran RM10,000 selepas permohonan yang dihantar lengkap dan diluluskan oleh RoS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya