SERDANG : Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) akan memberi anugerah kepada alumni universiti berkenaan yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang masing-masing sempena Majlis Makan Malam Jubli Emas di Serdang malam ini.
Anugerah Tokoh Alumni Terbilang itu akan diberikan kepada enam tokoh yang dikenal pasti berjaya dalam bidang masing masing yang akan disampaikan dalam majlis Makan Malam sempena 50 pendaftaran secara rasmi PAUPM dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) malam ini.
Tokoh tokoh yang diberi anugerah itu meliputi kategori tokoh alumni sektor awam, tokoh alumni sektor swasta, tokoh alumni sektor keusahawanan, tokoh alumni sektor antarabangsa, tokoh exco alumni, tokoh alumni terbilang, Gemilang & Cemerlang.
Dalam pada itu PAUPM juga mengadakan mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi memilih senarai barisan kepimpinan baharu sesi 2023-2025
Pemilihan tersebut adalah adalah bagi mengisi jawatan presiden, timbalan presiden dan ahli serta sembilan jawatan kuasa.
Sempena AGM itu juga Forum dengan mengemukakan tiga tokoh alumni dari 1970-an, 1980-an dan 1990-an.
Forum berkenaan yang disertai tiga panel bertujuan mengenal pasti halatuju alumni sesuai dengan aspirasi ahli.
Tiga panel berkenaan ialah penasihat persatuan Ghazali Salamat ; Pengerusi UPM Holding Berhad Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan yang juga bekas naib canselor UPM dan Pengarah Linemax Media Sdn. Bhd. Shahrudin Mahadi dan Timbalan Presiden PAUPM Datuk Dr Syed Abd Rahman Syed Abd. Kadir sebagai moderator. –UTUSAN