PETALING JAYA: Isu ‘penyondol’ yang juga melibatkan anak kepada pasangan selebriti terkenal, Marissa Dania Hakim, 18, bertambah panas hangat apabila wanita bernama Umisya Mazlan memuat naik sebuah video sebentar tadi.
Dalam video yang dikongsikan di ‘X’ menunjukkan lelaki yang dipercayai suami kepada wanita itu, Ahmad Aslam, 24, mengakui sudah berubah dan tidak menghubungi gadis yang dituduh sebagai pemusnah rumah tangga mereka.
Namun begitu, usaha lelaki tersebut gagal di tengah jalan apabila gadis yang didakwa, Marissa dikatakan kembali mengejar dan mendapatkan perhatian lelaki itu selepas sebulan.
“Saya mahu gunakan nama Allah, minta maaf pun tiada guna. Saya betul-betul nekad nak berubah. Lepas sebulan lebih, dia (Marissa) datang balik kejar-kejar.
“Saya tak boleh. Itu kelemahan saya dan saya tak boleh lawan kelemahan saya,” kata lelaki dipercayai Ahmad Aslam dalam video berkenaan.
Video berkenaan dipercayai dirakam semasa sesi pertemuan Aslam dengan keluarga Umisya Mazlan selepas hubungan sulitnya dengan Marissa seperti yang didakwa diketahui.
“Ahmad Aslam bekas suami yang tiada ihsan dan tidak sedetik pun kasihan dekat anak dan isteri.
“Bersumpah janji dengan nama Tuhan untuk pertahankan dosa yang dibuat,” dakwa pemilik akaun Umisya Mazlan.