Perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew Januari tahun depan

Perbicaraan gangguan seksual Ebit Lew ditangguh Januari tahun depan

EBIT Lew semasa menghadiri perbicaan di Mahkamah Majistret Tenom hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew, 38, yang dijadualkan sehingga Jumaat ini ditangguhkan kepada 9 Januari tahun depan.

Majistret, Nur Asyraf Zolhani kemudian menetapkan empat tarikh baharu bagi sambungan perbicaraan kes berkenaan iaitu pada 9 hingga 12 Januari; 13 hingga 16 Februari; 20 hingga 22 Mac dan 20 hingga 24 Mei 2024.

Untuk Januari hingga Mac, perbicaraan akan bersambung dengan pemeriksaan semula saksi ketujuh iaitu Juruanalisis Kanan Siasatan Audio Video PDRM, Asisten Superitendan Latifah Abdul Aziz serta pemeriksaan utama saksi kelapan, Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Komputer, Makmal Forensik PDRM, Inspektor Yip Chang Ching.

Sementara itu, perbicaraan pada Mei pula akan memanggil saksi kesembilan yang merupakan pengadu dalam kes berkenaan.

Penangguhan itu dilakukan selepas pemeriksaan utama terhadap Chang Ching dihentikan hari ini bagi memberi ruang kepada pihak pembelaan mengkaji kandungan barang kes iaitu cakera video digital (DVD-R) dan pemacu kilat.

Dalam perbicaraan petang tadi, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad memberitahu mahkamah bahawa saksi kelapan, Chang Ching telah selesai membuat salinan kandungan pemacu kilat yang dimaksudkan dan salinan ada bersama saksi.

Nor Azizah turut meminta saksi menjelaskan kepada mahkamah kenapa terdapat dua pemacu kilat untuk diserahkan kepada pihak pembelaan seperti diminta.

Saksi memberitahu mahkamah bahawa pemacu kilat itu mengandungi data berkapasiti 140 GB namun, pemacu kilat yang disediakan hanya mampu memuatkan 128 GB maka, data telah dipecahkan kepada dua pemacu kilat dan diserahkan kepada peguam bela, Ram Singh.

Turut diserahkan kepada pihak pembelaan adalah salinan cakera padat (CD-R) dan

Chang Ching turut memberitahu bahawa pemacu kilat yang asal ada dalam simpanan mahkamah.

Ebit didakwa atas 11 pertuduhan gangguan seksual iaitu membuat hantaran gambar dan perkataan lucah dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi Whatsapp yang didakwa berlaku di daerah Tenom antara 29 Mac hingga 18 Jun 2021

Atas kesalahan itu, Ebit didakwa dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya