Perak ke separuh akhir Piala Malaysia benam Sabah - Utusan Malaysia

Perak ke separuh akhir Piala Malaysia benam Sabah

PEMAIN Perak FC, Wan Zack Haikal (kiri) melakukan percubaan ke pintu gol Sabah sambil dihalang pemain lawan, Stuart John Wilkin pada perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak FC melakukan kejutan besar apabila mengatasi Sabah 1-0 dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Perak, sebentar tadi

Jaringan tunggal Wan Zack Haikal dalam masa kecederaan babak pertama mencukupi buat anak buah Yusri Che Lah menempah kemaraan ke separuh akhir dengan agregat 3-2.

Kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan suku akhir pertama di Likas sebelum ini.

Apa yang pasti pemain Perak tidak menghampakan hampir 15,000 penonton termasuk Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad pada aksi di laman sendiri apabila mempamer semangat juang kental untuk mengecewakan Sabah.

Seperti pertemuan pertama di tempat lawan sebelum ini, pemain Perak tertekan hebat corak menyerang lawan.

Walaupun Sabah mengasak hebat pada separuh pertama tetapi tuan rumah kental bertahan sepanjang 90 minit perlawanan yang mendebarkan.

Sabah melakukan segalanya tetapi gagal menyumbat bola ke dalam gawang tuan rumah.

Skuad Sang Badak yang dijangka melangkah ke separuh akhir gagal mendapatkan kemenangan yang diharapkan dan terpaksa gigit jari.

Sebaliknya, malam ini nyata penuh bermakna buat Yusri dan anak buahnya yang berjaya ke separuh akhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya