Perairan Pulau Pinang bebas sepenuhnya daripada fenomena air laut merah - Utusan Malaysia

Perairan Pulau Pinang bebas sepenuhnya daripada fenomena air laut merah

FENOMENA air pasang merah yang menyebabkan ikan mati kini dikesan turut berlaku di perairan Pulau Betong, Pulau Pinang bulan lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BAYAN LEPAS: Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengesahkan perairan negeri itu bebas sepenuhnya daripada alga spesis Noctiluca scintillans yang menyebabkan berlakunya fenomena air pasang merah di perairan Teluk Bahang, hujung bulan lalu.

Pengarahnya, Zarina Zainuddin berkata, sejak fenomena itu berlaku sebanyak enam sampel air laut diambil untuk dianalisa bagi memastikan kehadiran kandungan alga berkenan di dalam air laut.

ZARINA ZAINUDDIN

”Sampel air laut telah diambil untuk dianalisis bersama Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung. Kita dapati kandungan sel Noctiluca scintillans dalam sampel air yang diambil menunjukkan trend menurun.

“Analisis sampel pada Jumaat minggu lalu serta semalam mendapati kandungan alga ialah negatif dan keadaan perairan negeri ini telah bebas daripada alga itu yang menyebabkan berlakunya kejadian air pasang merah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Hujung bulan lalu, nelayan-nelayan di sekitar kawasan Teluk Bahang bimbang dengan fenomena yang didakwa sebagai air pasang merah yang melanda kawasan berkenaan.

Jabatan Perikanan memaklumkan keputusan awal analisis yang telah dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung bagi mengenal pasti ‘air merah’ itu mendapati alga tersebut bukan toksin dan tidak berbahaya kepada manusia.

Menurut Zarina, kejadian air pasang merah yang dikatakan berlaku di perairan Pulau Betong, baru-baru ini juga tidak mendatangkan impak yang besar kepada spesis hidupan marin di situ memandangkan fenomena tersebut hanya berlaku dalam tempoh singkat.

”Kami telah berjumpa dengan nelayan di Pulau Betong dan mereka mengatakan fenomena itu seperti sekejap sahaja, tiada kehidupan laut dilaporkan mati di situ,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya juga tidak dapat menjangkakan bila alga berkenaan akan muncul memandangkan ia adalah faktor alam semula jadi.

“Cuma saya ingin mohon kepada sesiapa yang ternampak kejadian ini berlaku supaya segera laporkan kepada kami untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya