Penunggang motosikal nikmati 30 peratus diskaun tambang feri Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal nikmati 30 peratus diskaun tambang feri Pulau Pinang

PENUNGGANG motosikal akan menikmati 30 peratus diskaun tambang feri Pulau Pinang menerusi pas musim berdiskaun berkuat kuasa esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) menawarkan 30 peratus diskaun tambang feri menerusi pas musim berdiskaun untuk penunggang motosikal berkuat kuasa esok.

PPSB berkata, diskaun itu akan disediakan sehingga 30 Jun tahun depan dan pihaknya percaya inisiatif khas tersebut akan memberikan kemudahan kepada pengguna perkhidmatan feri.

“Menerusi diskaun ini, penunggang motosikal hanya perlu membayar RM105 (RM1.75 setiap perjalanan) berbanding harga asal iaitu RM150
(RM2.50 setiap perjalanan).

“Diskaun pas musim ini boleh didapati menerusi MyKad,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, para pengguna terutama penunggang motosikal menyifatkan kadar tambang feri baharu agak mahal kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari.

Bagi penunggang motosikal kadar tambang yang dikenakan berjumlah RM2.50 sehala menyebabkan mereka perlu membayar RM5 sehari sekiranya berulang alik antara kedua-dua terminal.

Menurut PPSB, pihaknya sentiasa memantau komen dan kebimbangan orang ramai berhubung perkhidmatan feri Pulau Pinang.

“Input anda sangat berharga bagi kami dan kami komited untuk menangani keperluan anda dan memastikan pengalaman perjalanan yang lancar untuk semua.

“Sebagai maklum balas kepada maklum balas yang diterima, PPSB dengan pengesahan bersama Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC), Kementerian Pengangkutan (MOT), dan MMC Corporation Berhad (MMC) menawarkan diskaun khas ini untuk kemudahan pengguna,” katanya.

Tambahnya, PPSB, PPC, MOT dan MMC memahami kepentingan menambah baik perkhidmatan feri dengan mod pengangkutan lain di Pulau Pinang.

”Untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada penumpang kami, jadual perkhidmatan feri kini akan ditambah dengan perjalanan tambahan pada pukul 11 malam setiap hari dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.

”Pelarasan ini adalah untuk menyelaraskan perkhidmatan feri PPSB dengan jadual tren KTMB ETS yang tiba pada pukul 10.22 malam bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar dan selesa untuk semua penumpang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya