Penunggang motosikal harap kadar tambang feri Pulau Pinang dikaji semula - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal harap kadar tambang feri Pulau Pinang dikaji semula

RATA-RATA pengguna terutama penunggang motosikal menyifatkan kadar tambang feri baharu Pulau Pinang yang berkuat kuasa semalam agak mahal kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

GEORGE TOWN: Para pengguna terutama penunggang motosikal menyifatkan kadar tambang feri baharu yang berkuat kuasa semalam agak mahal kepada mereka yang menggunakan perkhidmatan tersebut setiap hari.

Ia memandangkan kadar tambang kini dikenakan di kedua-dua terminal iaitu di Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) di sini, dan Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) di Butterworth.

Bagi penunggang motosikal kadar tambang yang dikenakan berjumlah RM2.50 sehala menjadikan mereka perlu membayar RM5 sehari sekiranya berulang alik antara kedua-dua terminal.

Seorang penunggang motosikal, Lee Teik Keat, 75, berkata, dia berharap syarikat pengendali feri iaitu Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) mengkaji semula kadar tambang bagi perkhidmatan itu berikutan dilihat terlalu tinggi.

LEE TEIK KEAT

”Saya berkerja sebagai pekerja kontrak dengan pendapatan RM1,500 sebulan sahaja dan saya perlu berulang-alik dari tanah besar ke pulau menggunakan feri setiap hari.

”Jadi jumlah RM5 sehari untuk menggunakan feri agak mahal untuk saya, jadi saya berharap syarikat pengendali feri dapat mengkaji semula kadar tambang ini,” katanya ketika ditemui di PRTU, di sini hari ini.

Sebelum ini, PPSB selaku syarikat pengendali perkhidmatan tersebut memaklumkan kadar tambang untuk perkhidmatan feri baharu di Pulau Pinang yang dikenakan kepada penumpang bermula pada harga RM1 hingga RM2.50 bagi sehala.

Tambang RM1 itu akan dikenakan kepada individu atau pejalan kaki yang berusia 12 tahun ke bawah manakala penumpang dewasa atau individu berusia 12 tahun ke atas pula tambang sebanyak RM2 akan dikenakan.

Selain itu, penunggang basikal yang menaiki feri juga akan dikenakan caj sebanyak RM2 manakala penunggang motosikal pula perlu membayar tambang sebanyak RM2.50 sehala.

Seorang lagi penunggang motosikal, Syazwi Iqbar, 22, berkata, kadar tambang RM2.50 yang dikenakan kepada penunggang motosikal untuk perjalanan sehala itu agak mahal terutama bagi mereka yang berulang-alik setiap hari.

SYAZWI IQBAR

”Sebelum ini hanya RM2 dikenakan untuk perjalanan pergi dan balik, tetapi sekarang menjadi RM5 untuk perjalanan pergi dan balik.

”Beban pengguna akan bertambah dengan kadar baharu ini, jadi saya berharap kadar ini akan dikaji semula agar lebih berpatutan kepada mereka yang berulang-alik setiap hari,” katanya.

Seorang lagi penunggang motosikal, Jeffrey Chun, 28, berkata, dia jarang menggunakan perkhidmatan feri dan berpendapat kadar baharu agak berpatutan kepada pengguna.

JEFFREY CHUN

”Kadar tambang RM2.50 yang dikenakan untuk sehala agak berpatutan tetapi mungkin bagi yang kerap menggunakkan feri ia agak mahal,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya