Peniaga didenda RM90 maki pegawai kanan polis

Peniaga didenda RM90 maki pegawai kanan polis

gombak setia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Gara-gara memaki seorang pegawai kanan polis minggu lalu, seorang peniaga didenda RM90 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kata-kata kesat terhadapnya.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin mendenda Sabindo Simon, 34, dan memerintahkan tertuduh dipenjara seminggu sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa berkelakuan tidak sopan dengan cara mengeluarkan kata-kata kesat kepada Deputi Superintendan Kenneth Oliver Samuel di sebuah pusat hiburan di Kepong, pada jam 12.10 pagi, 9 September lalu.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil Tahun 1955 yang membawa hukuman maksimum denda RM100.

Timbalan Pendakwa Raya, Sheryn Yong Shi Yee memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ernie Ahmad merayu agar anak guamnya dikenakan hukuman minimum kerana mengaku kesal serta telah memohon maaf kepada pegawai polis berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN