Pengilang setuju tingkat keluaran 20 peratus beras putih tempatan

Pengilang setuju tingkat keluaran 20 peratus beras putih tempatan

KEMENTERIAN dan Keterjaminan Makanan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri beras negara  bagi membincangkan secara terperinci berkenaan bekalan BPT dan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI). 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengilang beras bersetuju meningkatkan pengeluaran sebanyak 20 peratus bekalan Beras Putih Tempatan (BPT) atau berjumlah 23,000 tan metrik sebulan untuk pasaran dalam negara bagi tempoh satu tahun.

Perkara itu dipersetujui bersama dengan pihak pemborong dan peruncit yang turut memberikan komitmen bagi merealisasikan pelaksanaan di bawah Program Khas Beras Putih Tempatan (PKBPT) di seluruh negara.

Kementerian dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan memaklumkan, PKBPT sedang dilaksanakan melalui dua fasa bermula pada 8 September lalu dan 15 September ini.

“Langkah intervensi ini bertujuan bagi memastikan bekalan BPT dapat memenuhi keperluan pengguna dan menjamin kestabilan bekalan BPT di pasaran. 

“Dalam masa sama, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) turut dilibatkan bagi tujuan pengedaran BPT kepada kumpulan sasar terutama di kawasan yang tidak mempunyai kemudahan pasar raya,” katanya hari ini.

Terdahulu, kementerian berkenaan mengadakan sesi libat urus bersama pemain industri beras negara  bagi membincangkan secara terperinci berkenaan bekalan BPT dan kenaikan harga Beras Putih Import (BPI). 

Sesi libat urus ini diadakan susulan kepada sesi-sesi sebelum ini iaitu pada 20 Julai lalu melibatkan pasar raya, termasuk pengilang padi dan pemborong beras pada 28 Ogos lepas serta Sesi Dialog Belanjawan 2024 Subsektor Padi dan Beras Negara pada 7 September lalu.

Turut bersama ialah lima pemborong beras utama serta 11 pasar raya bertaraf hypermarket yang mempunyai rangkaian di seluruh negara.

Kementerian itu turut memaklumkan, pemantauan dan penguatkuasaan keseluruhan rantaian PKBPT ini akan dilakukan melalui Kawalselia Padi dan Beras (KPB) dengan kolaborasi strategik OP JAMIN bersama Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya