Pengetua Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah terpaksa ditidurkan

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah terpaksa ditidurkan

USTAZ Mohd. Zahid Mahmood (dua dari kanan) dalam pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) pada Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Mohd. Zahid Mahmood terpaksa ditidurkan kerana menghadapi masalah kekurangan oksigen kerana menghadapi penyakit jantung.

Dilaporkan beliau kini berada di Pusat Perubatan Univer

MOHD. ZAHID MAHMOOD

siti Malaya (PPUM) di sini bagi mendapatkan rawatan.

Terdahulu, tular satu mesej yang meminta orang ramai melakukan solat hajat bagi memohon kepada Allah SWT agar Mohd. Zahid diberikan kesembuhan.

 

Pada 2017, negara dikejutkan dengan kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju dan mengorbankan 23 pelajar.

Isnin lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan seorang lelaki kekal di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong atas sabitan kesalahan membunuh 23 penghuni tahfiz dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, enam tahun lalu.

Pada 17 Ogos 2020, lelaki berusia 22 tahun itu disabitkan oleh Mahkamah Tinggi atas kesalahan membunuh sebelum diperintahkan supaya ditahan di penjara selama tempoh diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam kejadian menyayat hati pada 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz itu terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat berkenaan yang terbakar.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini, antara pukul 4.15 pagi dan 6.45 pagi 14 September 2017.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya