Pengedar beri jaminan minyak pelincir keluaran UMW Grantt berkualiti tinggi, mampu milik

Pengedar beri jaminan minyak pelincir keluaran UMW Grantt berkualiti tinggi, mampu milik

Pengarah Kumpulan bahagian Pembuatan dan Kejuruteraan UMW, Anas Nasrun Mohd Osman (tengah) bersama Pengurus Besar UMW Grantt International, Iskandar Mohamed Salleh (enam dari kanan) bergambar bersama para pengedar pada majlis makan malam penghargaan UMW Grantt Dealer di Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini. – UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pengedar-pengedar sah minyak pelincir Grantt yang dikeluarkan oleh UMW Grantt International Sdn Bhd (UMW Grantt), mengakui produk-produk tersebut mempunyai kualiti tinggi dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

Pengarah Merantika D’Sara Trading, En Majelan berkata, beliau mula mengedar minyak pelincir Grantt dari awal ia dilancarkan iaitu pada tahun 2015 kerana ia mempunyai kualiti yang sama atau lebih baik berbanding jenama-jenama antarabangsa yang lain.

“Minyak pelincir Grantt merupakan produk premium keluaran anak syarikat Kumpulan UMW, jadi kami yakin dan menyokong mereka sejak dari dulu sehingga sekarang kerana mereka sentiasa mengeluarkan produk-produk baharu.

“Minyak pelincir Grantt mempunyai kualiti yang tinggi dan harga yang mampu milik,” katanya ketika ditemui pada Malam Penghargaan untuk Pengedar-Pengedar Grantt di Hotel Dorsett Grand Subang, di sini.

Bersependapat sama, Pengarah Minjon Lubricants, En Goh turut mengakui bahawa minyak pelincir Grantt merupakan jenama minyak pelincir yang bermutu tinggi.

“Untuk minyak pelincir Grantt, saya sudah jual selama lapan tahun dan setakat ini kebanyakan pelanggan kami berpuas hati dan kembali semula untuk membeli minyak pelincir tersebut.

“Ada pelanggan kami yang sanggup datang dari jauh seperti Seremban, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak untuk membeli minyak pelincir Grantt,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Syarikat Bernas Edar Sdn Bhd, En Yap berkata, walaupun minyak pelincir Grantt produk baharu di pasaran, ia sentiasa mendapat maklum balas positif pelanggan.

“Saya hanya menjual minyak pelincir Grantt. Walaupun ia produk baharu dalam pasaran, terdapat peningkatan jualan dari masa ke semasa,” jelasnya.

Pengarah SM Mechanical (M) Sdn Bhd, En Tan berkata, minyak pelincir Grantt dibuat oleh rakyat Malaysia dan untuk rakyat Malaysia. Beliau yakin tahun ini adalah masa yang terbaik untuk UMW Grantt meningkatkan hasil kutipan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya