Pendekatan banteras masalah dadah dikaji semula

Pendekatan banteras masalah dadah dikaji semula

AZALINA OTHMAN SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengkaji semula hukuman mengenai kesalahan penyalahgunaan dadah selaras dengan perkembangan antarabangsa yang lebih berkesan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pendekatan yang digunakan bagi membanteras masalah penyalahgunaan dadah tidak dapat diselesaikan dengan baik dan menjadi punca kepada isu sistemik lain.

“Kesesakan penjara dan sistem keadilan jenayah terbeban, oleh itu saya berpandangan pendekatan terhadap masalah dadah perlu dikaji.

“Bersempena usaha Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) dalam merangka satu tindakan holistik bagi mengatasi masalah tersebut, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU JPM) bersama agensi berkaitan akan menjalankan kajian berkaitan hukuman. 

“Keberkesanan pendekatan berasaskan rawatan-rawatan perubatan atau secara rehabilitasi yang digunakan oleh negara-negara lain dan mengkaji kebolehlaksanaan pendekatan tersebut di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azalina berkata, Kementerian Dalam Negeri, Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sudah melakukan usaha yang terbaik dalam menangani isu ini.

Katanya, Kerajaan Perpaduan juga komited memelihara kepentingan golongan berisiko tinggi seperti golongan miskin serta belia yang mudah dipengaruhi.

Beliau berkata, isu penyalahgunaan dadah juga turut dilihat sebagai satu isu kesihatan yang memberi kesan kepada masyarakat dari segi ekonomi, kesihatan dan sosial.

“Oleh itu, kerajaan berhasrat menggabungkan usaha semua pihak, termasuk agensi kerajaan, pakar-pakar, dan masyarakat sivil dalam mencari penyelesaian berkesan demi sebuah masyarakat Madani yang sihat dari semua aspek,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya