Pendakwaan rayu pembebasan Bung Moktar, Zizie Izzete

Pendakwaan rayu pembebasan Bung Moktar, Zizie Izzete

Mahkamah terkhilaf memerintahkan Bung Moktar Radin dan Zizie Izette A. Samad
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan merayu keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette A. Samad daripada tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Peguam Teh See Khoon yang mewakili Zizie Izette ketika dihubungi pihak media memaklumkan, notis rayuan telah difailkan oleh pihak pendakwaan pada 15 September lalu.

“Ya, kami telah dimaklumkan bahawa pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan itu pada Jumaat lalu,” katanya.

Pihak pendakwaan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas tidak berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Bung Moktar Radin dan isteri pada 7 September lalu.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pasangan itu untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri atas tiga pertuduhan rasuah.

Beliau berpuas hati, tiada bukti menunjukkan dua saksi pendakwaan iaitu ejen Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid, memberi wang rasuah kepada Ahli Parlimen Kinabatangan itu melalui Zizie Izette.

Sehubungan itu, Hakim Azhar berpendapat, beliau wajar melaksanakan kuasa semakan di bawah Seksyen 323 Kanun Prosedur Jenayah (CPC) dalam permohonan itu.

Pada 2 September 2022, Mahkamah Sesyen memerintahkan Bung Moktar dan Zizie Izette membela diri atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah itu.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, permohonan itu ditolak tanpa mendengar meritnya.

Pasangan itu kemudiannya memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan dan pada 7 Julai lalu dan berjaya mendapatkan perintah agar permohonan semakan itu dihantar semula ke Mahkamah Tinggi agar meritnya didengar dan diputuskan.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar yang ketika itu pengerusi bukan eksekutif Felcra didakwa atas dua pertuduhan menerima rasuah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai dorongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra untuk melabur RM150 juta dalam unit Public Mutual amanah.

Beliau didakwa menerima suapan daripada Madhi melalui Zizie Izette di Public Bank Cawangan Taman Melawati di sini antara 12.30 tengah hari dan 5 petang pada 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut didakwa menerima wang tunai RM337,500 daripada Norhaili atas nama Zizie Izette atas sebab dan pada tempat yang sama pada 19 Jun 2015.

Zizie Izette pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara itu di tempat, tarikh dan masa yang sama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN