Peminat sukan 4x4 ‘lanyak’ laluan kampung Orang Asli - Utusan Malaysia

Peminat sukan 4×4 ‘lanyak’ laluan kampung Orang Asli

SEORANG penduduk Orang Asli menunjukkan kerosakan jalan yang berlaku menuju ke perkampungan Orang Asli Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penduduk Orang Asli di Pos Bihai di sini merungut apabila laluan yang menghubungkan penempatan mereka rosak gara-gara aktiviti lasak pacuan empat roda.

Penduduk mendakwa, aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan itu merosakkan satu-satunya jalan perhubungan ke perkampungan mereka sehingga sukar untuk keluar membeli barangan keperluan.

Seorang penduduk Pos Bihai, Apek Asud, 39, mengakui kecewa kerana jalan terbabit dalam proses untuk baik pulih dan naik taraf namun kembali rosak disebabkan oleh kende­raan tersebut.

Menurutnya, memburukkan lagi keadaan permukaan jalan akan menjadi rosak setiap kali hujan sekali gus menjejaskan urusan keluar masuk penduduk ke bandar Gua Musang.

“Ketika ini kerap hujan di kawasan pedalaman. ia menyebabkan kami sentiasa diselebungi kebimbangan.

“Situasi jalan rosak ini menyebabkan kami terpaksa bermalam di dalam hutan. Kami penduduk Orang Asli di kawasan ini hanya menggunakan motosikal untuk keluar dan masuk bagi mendapatkan keperluan makanan serta melakukan urusan harian,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Penghulu Pos Bihai, Alang Segan memberitahu, dia berharap tiada lagi aktiviti 4×4 ke kawasan perkampungan itu yang juga menjadi laluan utama untuk ke Pos Belatim dan Pos Balar.

Katanya, dia berharap aktiviti itu ditangguhkan buat sementara waktu sehingga masalah jalan perhubungan selesai dinaik taraf.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, sebelum ini dia sudah kerap kali membangkitkan perkara itu kan kumpulan 4×4 yang menganjurkan aktiviti lasak.

Katanya, kerosakan yang berlaku pada jalan utama itu mengganggu kehidupan ha­rian penduduk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya