Peminat sekarang kurang ajar, biadap - Zainal Abidin - Utusan Malaysia

Peminat sekarang kurang ajar, biadap – Zainal Abidin

KUALA LUMPUR 5 SEP 2023-Datuk Zainal Abidin dan Adam Mazelan, Pengarah Urusan Bsync Live ketika sidang media Konsert Tiba Masa di Bunglow37, Bangsar..UTUSAN/ Mohamad Firdaus Johari
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Zainal Abidin kesal dengan sikap segelintir warganet khususnya peminat fanatik selebriti yang meninggalkan komen biadap tanpa berfikir dahulu tentang kesan kata-kata nista tersebut.

Kongsi penyanyi berusia 64 itu, sepatutnya pengguna media sosial sedar dengan implikasi komen negatif dan bukannya menghentam individu lain tanpa selidik tentang sesuatu isu.

“Kadang-kadang, ada segelintir mereka sangat kurang ajar dan biadap. Mereka suka muat naik dulu, tinggalkan komn biadap kemudian baru hendak berfikir. Cubalah fikir dahulu, baru kongsi apa-apa.

“Sebenarnya kalau mereka nasihat dan tegur baik-baik, saya terbuka terima tetapi bila dihentam sehingga ada yang cakap saya orang tua nak mati dan kubur sudah panggil, itu melampau.

“Janganlah guna bahasa kasar sebegitu.Gunalah ayat yang berhemah dan ada adabnya. Daripada saya nak dengar nasihat, terus berubah jadi benci,” katanya.

Penyanyi lagu Hijau itu berkata demikian usai selepas sidang media konsert Zainal Abidin Tiba Masa di sini, semalam.

Dalam pada itu, Zainal berkata, golongan peminat yang taksub dengan artis kesayangan perlu menjaga adab dan tidak menggores hati mana-mana pihak apabila menulis setiap komen.

“Kita ini orang Melayu, beragama Islam yang ada adab, akhlak dan adat. Sekalipun orang itu berstatus ustaz, kalau tidak ada adab yang baik, maaf, saya tetap tak dapat terima nasihatnya.

“Kalau nak kutuk mengenai pemakaian rantai ke apa, saya okey. Tapi orang tahu ke saya bertaubat setiap malam?” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya