Pelepasan Ahmad Zahid cerminan ‘kredibiliti’ Anwar -Wan Saiful

Keputusan mahkamah Ahmad Zahid cerminan ‘kredibiliti’ Anwar -Wan Saiful

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini dipercayai cerminan ‘kredibiliti’ Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. 

Malah, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, beliau tidak menolak bahawa akan ada pihak yang membandingkan pelepasan Ahmad Zahid dengan pengguguran tuduhan ke atas Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun, situasinya amat berbeza. 

Dalam kes Muhyiddin, beliau berkata, pasukan pendakwa membantah permohonan untuk menggugurkan pertuduhan, malah, sekarang sedang merayu keputusan mahkamah itu. 

Tetapi dalam kes Ahmad Zahid, kata beliau, pihak pendakwa memohon Timbalan Perdana Menteri itu dilepaskan walaupun sebelum ini mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie bagi semua tuduhan terhadap beliau. 

“Kita hormati keputusan mahkamah dan biarlah prosesnya berjalan. Yang lebih penting ialah perkembangan ini adalah cerminan kredibiliti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Dunia menyaksikan betapa kredibiliti Anwar sebagai seorang reformis, hilang musnah. 

“Sebab itulah kita mesti menerima hakikat karakter Anwar yang sebenar. Anwar adalah seorang Perdana Menteri yang gagal, dan dia mengetuai sebuah Kabinet yang tidak kompeten. Maka itulah, dia sanggup berbuat apa sahaja demi untuk kekal di takhta kuasa.

“Kita boleh jangka bahawa selepas ini, Anwar akan terus ‘membersihkan’ imej semua yang bersekongkol dengan dia dan dia juga akan terus mencemarkan imej mereka yang menentangnya,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Utusan Online melaporkan, Ahmad Zahid dilepas tanpa bebas daripada 47 pertuduhan iaitu lapan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang mana beliau adalah pengasasnya. 

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri itu. 

Presiden UMNO itu dihadapkan ke mahkamah pada 2018 manakala perbicaraan bermula pada 2019 dengan mendengar keterangan 99 saksi pendakwaan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya