PETALING JAYA: Seorang pelajar tingkatan tiga yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang, di sini, pada 13 September lalu, ditemukan semula semalam.
Remaja remaja berusia 15 tahun itu ditemukan selamat di kawasan Semenyih, di sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, berdasarkan siasatan, punca remaja terbabit keluar dari rumah kerana berlaku perselisihan faham dengan keluarga.
Media sebelum ini melaporkan Nur Shafina Maisarah Abdullah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Batu 20 1/4, Kampung Padang.
Polis menerima laporan daripada ibunya yang juga suri rumah berusia 34 tahun pukul 10.40 pagi pada Khamis lalu.
Siasatan dilakukan mendapati kali terakhir remaja itu dilihat oleh ibunya pukul 6.15 pagi ketika keluar rumah menaiki bas untuk ke sekolah dengan berpakaian sukan.
Saksi yang juga rakan sekolahnya ada melihat remaja berkenaan turun dari bas tetapi dia tidak masuk ke kawasan sekolah.
Difahamkan remaja terbabit tidak mempunyai sebarang masalah dengan keluarga sebelum ini. Ibunya cuba hubungi telefon bimbit anaknya, namun panggilan tidak dijawab. – UTUSAN