Pelajar keluarga B40 terus dibantu UKM 

Pelajar keluarga B40 terus dibantu UKM  

MOHD. Ekhwan Toriman dalam sidang akhbar selepas meninjau sesi pendaftaran pelajar baharu UKM di Bangi, Selangor, hari ini. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sedia membantu para penuntut dari kalangan keluarga berpendapatan rendah atau B40 untuk belajar di institusi itu pengajian tinggi itu.

 Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata, anak sulung daripada keluarga miskin turut menerima banyak inisiatif.

 “Kami sudah mengenal pasti seramai 1,865 pelajar yang berasal dari keluarga B40 dan ada dikesan dalam kalangan isi rumah dengan bergaji bulanan kurang RM1,000,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

 Terdahulu, beliau meninjau proses pendaftaran penuntut baharu di Kolej Keris Mas yang dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Seramai 4,286 pelajar pengajian ijazah sarjana muda sesi 2023/2024 mendaftar dan mereka kemudian perlu mengikuti Minggu Apresiasi Watan selama lima hari.

 Daripada jumlah tersebut, seramai 2,873 orang adalah pelajar perempuan termasuk empat Orang Asli dan empat orang kurang upaya. Mohd. Ekhwan berkata, UKM menyediakan Program Jejak Anak Watan kepada 27 penuntut dikenal pasti keluarganya berpendapatan bawah RM1,000.

 “Sumbangan meliputi bantuan kewangan RM1,000 secara tunai dan Bakul Rahmah berisi barangan kelengkapan asrama bernilai RM200 turut diserahkan pada hari ini,” katanya.

Inisiatif itu ujar beliau, diusahakan oleh pihak Tabung Zakat UKM dan Tabung Kebajikan Hal Ehwal Pelajar UKM selain ada bantuan diserah terus ketika lawatan di rumah pelajar.

Pada masa sama jelasnya, seramai 769 penuntut yang merupakan anak sulung keluarga miskin juga dibantu UKM menerusi program khas dikenali sebagai Bantuan Siswa Sulung.

 Skim itu yang mula diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi pada tahun lepas menyaksikan peningkatan berbanding hanya 10 pelajar ketika sesi pengajian 2022/2023. 

Kos sepanjang belajar bagi peringkat ijazah sarjana muda ditanggung UKM meliputi yuran pengajian sebanyak RM20,000 dan penginapan asrama bernilai RM2,880 setiap tahun.

 “UKM mulai tahun ini sudah membangunkan sistem permohonan bantuan dalam talian dikenali sebagai e-prihatin yang ganti kaedah borang secara manual,” katanya.

Katanya, para pelajar boleh memohon pelbagai skim antaranya bantuan yuran dan sara diri, yuran tertunggak, mobiliti, komputer riba, tiket kapal terbang serta sokongan pengajian. Selain itu, mereka yang memperoleh kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum berpeluang memohon insentif kecemerlangan disediakan oleh UKM. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya