GEORGE TOWN: Seorang pekerja pembersihan menemukan satu mayat bayi perempuan dipercayai cukup sifat di dalam sebuah lori sampah di kawasan perumahan flat di Bandar Baru Air Itam, di sini pagi tadi.
Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan pemandu lori sampah terbabit ketika sedang melakukan kerja-kerja memungut sampah di blok perumahan berkenaan, kira-kira pukul 10 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong mengesahkan menerima laporan penemuan mayat bayi tersebut.
“Siasatan lanjut masih dijalankan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN