Pekerja kuari dikhuatiri maut dalam runtuhan batu - Utusan Malaysia

Pekerja kuari dikhuatiri maut dalam runtuhan batu

KAWASAN kejadian runtuhan batu di tapak kuari di Keramat Pulai, Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang pekerja lelaki warga asing dipercayai maut selepas terperangkap dalam kejadian runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai di sini sebentar tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada pukul 10.56 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Operasi menyelamat sedang dijalankan dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mangsa dipercayai pekerja warga Pakistan.

Pada 8 Mac 2022 lalu sekitar pukul 9.15 pagi, dua pekerja kuari, Itam Lasoh, 43, dan Kheow Loo Siew Soon, 49, dilaporkan hilang selepas dipercayai tertimbus runtuhan batu di tapak kuari dekat Keramat Pulai.

Kejadian itu turut mengakibatkan seorang lagi mangsa berusia 35 tahun mengalami patah tulang kaki manakala rakannya berusia 38 tahun cedera ringan.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua mangsa digerakkan dengan penglibatan pelbagai agensi penyelamat namun gagal mengesan kedudukan tepat mereka yang tertimbus bersama dua jengkaut.

Bagaimanapun, pencarian selama enam bulan itu berakhir pada 20 September 2022 berikutan penemuan cebisan rangka tulang dipercayai milik kedua-dua mangsa dan dua bangkai jengkaut.

Kesemua penemuan itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk tujuan bedah siasat dan ujian DNA bagi pengesahan identiti mangsa.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya