Pekerja kilang maut motosikal bertembung van

Pekerja kilang maut motosikal bertembung van

MANGSA disahkan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah selepas terlibat kemalangan dengan sebuah van di Baling.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang pekerja kilang maut apabila motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah van dalam kemalangan di Lampu Isyarat Simpang Tiga Landak, Jalan Baru Kulim/Baling/Grik, di sini pada pukul 6.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, mangsa, Mohammad Haswan Zainol, 34, berasal dari Kampung Memali, Mukim Siong meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Siasatan awal mendapati sebuah van dari arah Kulim sedang menghala ke Gerik, apabila sampai di tempat kejadian ketika lampu isyarat masih hijau van tersebut bergerak terus.

“Manakala mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha dari simpang sebelah kiri jalan dipercayai melanggar lampu isyarat menyebabkan van yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun terlanggar bahagian hadapan sebelah kanan motosikal mangsa,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, motosikal mangsa terseret beberapa meter, manakala van tersebut telah terbabas di bahu jalan di laluan bertentangan.

Mayat dihantar ke Hospital Daerah Kulim untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya