Pekebun resah lembu mati ‘dilanyak’ gajah - Utusan Malaysia

Pekebun resah lembu mati ‘dilanyak’ gajah

NIK Arifin Nik Muhammad menunjukkan kesan darah lembu betinanya yang mati diserang gajah liar di Kampung Awek, RPT Kesedar Sungai Terah, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sekumpulan pekebun diselubungi ketakutan selepas me­nemukan bangkai se­ekor lembu betina yang dipercayai ‘dilanyak’ gajah yang ‘naik minyak’ di Kampung Awek, Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Kesedar Sungai Terah di sini malam kelmarin.

Bangkai lembu betina itu ditemukan pada pukul 7 pagi oleh penduduk semasa memasuki kawasan kebun.

Pada masa sama mereka mendakwa, kira-kira 200 pokok pisang serta kelapa sawit turut dimusnahkan di kawasan kebun Kampung Awek dan Kampung Lembaga, RPT Ke­sedar Sungai Te­rah sejak dua minggu lalu.

Seorang pekebun Kampung Awek, Nik Arifin Nik Muhammad, 59, berkata, dia terkejut apabila seekor lembu betina peliharaannya mati dipercayai diserang haiwan liar itu.

“Ini merupakan kejadian pertama sejak saya mengusahakan kebun getah di kawasan Kampung Awek ini sejak hampir 15 tahun lalu. Saya berasa sedih apabila melihat bangkai lembu yang terbaring serta ada kesan luka sepanjang tiga inci di bahagian belakang badan dipercayai tertusuk gading gajah itu.

“Akibat kejadian itu, kebanyakan pekebun takut ke kebun untuk menoreh getah dan menebang pisang untuk dijual,” katanya ketika ditemui semalam.

Seorang pekebun di Kampung Lembaga, Ismail Awang Hamad, 60, pula berkata, dia sendiri sudah beberapa kali terserempak dengan gajah dan melihat tapak kaki dan kesan najis gajah di kawasan kebunnya.

Katanya, setakat ini lebih 100 pokok pisang dan 80 pokok kelapa sawit miliknya musnah dirosakkan gajah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN