Pegawai kadet Palepas UPM kadet darat terbaik wanita

Pegawai kadet Palapes UPM kadet darat terbaik wanita

NORAZIMAH Rohamat menjadi satu-satunya wanita menerima Anugerah Pegawai Kadet Terbaik Palapes Darat pada istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palaps) Universiti Awam (UA) ke-41 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah, Sabtu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelajar Sains Fizik dengan kepujian Fakulti Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadi satu-satunya wanita yang menerima anugerah Pegawai Kadet Terbaik Darat semasa istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam yang ke-41 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sabtu lalu.

Leftenan Muda Norazimah Rohamat, 23, berkata, dia tidak menyangka menerima penganugerahan tersebut walaupun ditauliahkan setahun lewat disebabkan pandemik Covid-19.

Katanya, dia turut berasa tercabar kerana pegawai kadet darat daripada universiti lain adalah pegawai kadet lelaki.

“Pada awalnya, saya rasa tercabar namun sokongan daripada pegawai dan jurulatih, saya akhirnya dapat melaluinya dengan baik,” katanya.

Pegawai Kadet Terbaik Palapes Laut UPM pula dianugerahkan kepada pelajar daripada Ijazah Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa Leftenan Muda, Lim Joethinn, 22.

Menurutnya, menjadi kadet terbaik menjadi harapannya sejak tahun pertama menyertai Palapes Laut.

Seramai 90 Pegawai Kadet PALAPES UPM menerima pentauliahan pada istiadat kali ini yang disampaikan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Sultan Sallehuddin di Padang Kawad Palapes UUM dan Dewan Mu’adzam Shah, UUM, Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya