PBI kecewa insiden serang pengadil liga bola sepak Ipoh - Utusan Malaysia

PBI kecewa insiden serang pengadil liga bola sepak Ipoh

RAKAMAN video kekecohan pada perlawanan Liga Bola Sepak Ipoh 19 September lalu yang tular dalam media sosial. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Persatuan Bola Sepak Ipoh (PBI) kesal dengan kejadian kekecohan yang berlaku pada perlawanan Liga Ipoh 19 September lalu.

Kekecohan pada perlawanan di Taman DR Seenivasagam di sini, menyaksikan seorang pengadil terpaksa melarikan selepas dikejar oleh beberapa pegawai sebuah pasukan selepas perlawanan.

Presiden PBI, Joharuddin Johar Ali kesal kerana kejadian seperti itu masih berlaku dalam sukan bola sepak hari ini.

Beliau menyifatkan tindakan pegawai pasukan yang mengejar pengadil itu sebagai tidak bertamadun.

“Kita sudah merdeka selama 66 tahun tetapi masih ada yang bertindak di luar batas peradaban, kalaupun tak puas hati dengan sesuatu keputusan bukan ini cara penyelesaiannya.

“Saya sungguh kecewa dengan kejadian ini, ia sungguh memalukan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Joharuddin menasihatkan pasukan yang menyertai Liga Ipoh supaya mematuhi peraturan serta undang-undang ditetapkan PBI.

“Sebab itu apabila (pegawai pasukan) dipanggil menghadiri taklimat, datanglah, banyak peraturan yang ingin disampaikan,” katanya.

Rakaman kekecohan itu tular dalam media sosial yang menyaksikan seorang pengadil terpaksa melarikan diri selepas dikejar oleh beberapa pegawai sebuah pasukan selepas perlawanan.

Berikutan itu, Jawatankuasa Disiplin PBI menggantung ketua jurulatih pasukan ARL FC, Mohammad Azahar Arafullah dan penolongnya, Mohd Zaidi Abdul Hamid serta pasukan itu.

Mohammad Azahar dan Mohd. Zaidi digantung selama lima tahun manakala ARL FC digantung tiga tahun serta denda RM500.

“Sewajarnya mereka dikenakan tindakan, ia sebagai pengajaran kepada yang lain,” kata Joharuddin. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya