Pastikan kesamarataan akses pendidikan, murid Orang Asli

Pastikan kesamarataan akses pendidikan, kemenjadian murid Orang Asli, pribumi

PKHARUDDIN Ghazali (tiga dari kiri) melihat murid Sekolah Kebangsaan Sungai Sampo yang menjuarai Pertandingan Robotik mengendalikan robot pada Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Pribumi Peringkat Kebangsaan 2023 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi memberi peluang dan memastikan kesamarataan akses serta memupuk kemenjadian murid Orang Asli dan prribumi, Kementerian Pendidikan buat julung kalinya mengadakan Karnival Pendidikan Murid Orang Asli dan Pribumi Peringkat Kebangsaan 2023 di Nilai, di sini baru-baru ini.

Berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) selama tiga hari dan berakhir kelmarin, karnival berkenaan tmengumpulkan seramai 260 murid Orang Asli dan pribumi, 120 guru pengiring dan guru-guru yang terlibat pameran dan pembentangan dari sembilan buah negeri iaitu Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak, Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Sabah serta Sarawak.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, penganjuran karnival itu selaras dengan ketetapan aktiviti sokongan Sasaran Pencapaian Utama (Key Performance Indicator) Inisiatif #57 yang berfokus kepada kehadiran murid Orang Asli dan prribumi, transisi murid Orang Asli dari Tahun 6 ke Tingkatan 1 dan pencapaian tahap minimum bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Jelas beliau, Inisiatif #57 iaitu Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi adalah salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang diterajui oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH).

Ia merupakan salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang bertujuan memastikan ekuiti iaitu kesamarataan akses pendidikan Orang Asli dan pribumi seiring dengan  endidikan arus perdana.

“KPM memandang jauh bagi pendidikan Orang Asli ini dan mahu membawa ia ke tahap tidak ada jurang dari sekolah harian biasa.

“Dari segi lokaliti mereka tidak akan menjadi bandar di kawasan pedalaman sana, namun tahap pendidikan mereka (Orang Asli) setanding dan mendapat sijil selepas tamat sekolah.

Selain itu, dari segi kemahiran dan kepakaran yang ada di bandar turut dibawa sama ke kawasan pedalaman,” katanya kepada pemberita selepas majlis berkenaan.

Menurut Pkharuddin, ketika ini di tujuh buah negeri berkenaan terdapat sebanyak 94 buah sekolah murid Orang Asli yang mempunyai enrolmen 100 peratus murid Orang Asli dan empat buah sekolah yang mempunyai 75
peratus murid Orang Asli.

Katanya, bagi golongan pribumi pula, terdapat 23 buah sekolah yang terlibat iaitu etnik Dusun Bonggi di Sabah dan Penan  di Sarawak dan kesemuanya termasuk sekolah murid Orang Asli terbabit menjadi fokus utama di
bawah Inisiatif #57 berkenaan.

“Selain memberi penghargaan kepada guru-guru yang mengajar di Sekolah Orang Asli dan prribumi yang melaksanakan inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), karnival ini memberi peluang kepada murid Orang
Asli mengambil bahagian dalam pertandingan nyanyian solo, deklamasi puisi, bercerita, action song dan robotik di peringkat kebangsaan.

“Ia juga bagi memilih pasukan terbaik dalam kalangan sekolah-sekolah Orang Asli bagi semua kategori pertandingan kebangsaan yang dijalankan dan memupuk minat murid Orang Asli terhadap bidang robotik dan STEM,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya