Pasar Muafakat Sabah lengang tanpa pengunjung pasca Covid-19

Pasar Muafakat Sabah lengang tanpa pengunjung pasca Covid-19

PASAR Muafakat Sabah lengang tanpa pengunjung sejak pandemik Covid-19 melanda seluruh dunia, beberapa tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pasar Muafakat Sabah di sini masih lengang tanpa kehadiran pengunjung walaupun pasca pandemik Covid-19 menyebabkan banyak peniaga ‘gulung tikar’.

Sebanyak 12 lot perniagaan daripada keseluruhan 40 lot sedia ada didapati menghentikan operasi kerana masalah tunggakan sewa akibat ketiadaan keuntungan jualan.

Peniaga pakaian terpakai, Norhaidah Abdul Amin, 62, memberitahu, dia terpaksa menukar perniagaan setelah perniagaan asal iaitu menjual produk kraf tempatan tidak mendapat sambutan.

“Saya terpaksa ubah perniagaan ini sejak dua tahun lalu semasa pengunjung semakin kurang akibat pandemik Covid-19. 

“Perniagaan tidak seperti dahulu, ada masa ada jualan tetapi ada masa akan pulang dengan tangan kosong, tiada jualan langsung. Dahulu kita mula berniaga pukul 8 pagi hingga 10 malam, tetapi sekarang bermula pukul 10 pagi hingga 6 petang sahaja,” katanya kepada pemberita.

Tambah Norhaidah, pihaknya tidak dibenarkan menjual produk makanan basah di dalam kawasan perniagaan berbumbung kerana ada kawasan khas laun yang menjual produk tersebut.

“Majoriti peniaga disini masih bertahan kerana sayangkan pasar ini, ia dipenuhi dengan budaya masyarakat Sabah. Walaupun keadaan sudah semakin suram, tetapi kami masih berharap agar Pasar Muafakat Sabah ini kembali meriah seperti sebelum pandemik Covid-19 melanda dahulu,” ujarnya.

Sementara itu, peniaga aksesori mutiara, Rehamna Kasuaggi, 52, pula memberitahu, majoriti daripada 28 peniaga yang masih bertahan sudah menukar jenis jualan mereka kepada produk runcit atau pakaian terpakai.

“Sebelum ini, pasar ini meriah dengan kehadiran pengunjung dari seluruh Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Melaka. Ada juga datang daripada Singapura untuk mencari produk tempatan Sabah termasuk perhiasan mutiara.

“Semasa pandemik, memang pasar ini ditutup sementara. Tetapi selepas dibuka, kawasan ini semakin sunyi, mungkin ramai orang fikir pasar ini ditutup buat selama-lamanya.

“Jualan pula tidak terjual walaupun selepas berbulan-bulan beroperasi, saya sendiri tiada pendapatan hampir setahun. Sewa premis ini suami dan anak-anak bantu bayarkan,” jelasnya.

Rehamna turut memberitahu, sebelum pandemik Covid-19, dia berupaya mendapat hasil jualan sebanyak RM2,000 pada waktu hujung minggu, manakala hari-hari biasa sekitar RM800 seminggu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya