Pasangan tentera syukur dikurnia ‘anak merdeka’ - Utusan Malaysia

Pasangan tentera syukur dikurnia ‘anak merdeka’

SITI Mariam Ali (tengah) bersama Yayasan Kita Anak Malaysia dan kakitangan Hospital Shah Alam meraikan kelahiran ‘anak merdeka’ dekat wad bersalin hospital berkenaan di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hanya rasa syukur mampu dizahirkan pasangan anggota tentera apabila dikurniakan anak keempat mereka pada tarikh keramat 31 Ogos, semalam.

Lebih mengujakan, Sarjan Siti Mariam Ali, 41, selamat melahirkan puteranya itu lebih awal berbanding jangkaan tarikh pada 19 September depan.

Menurut paramedik Kor Kesihatan Diraja, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Pangkalan Udara Subang itu, dia dan suaminya, Sarjan Sumail Gilada, 40, bersyukur dapat menyambut kelahiran anak pada pukul 12.17 tengah malam kelmarin.

“Berikutan menabur bakti sebagai anggota tentera, kami berbangga anak lelaki bongsu itu lahir pada hari kemerdekaan negara,” kata­nya ketika ditemui di Wad Bersalin Hospital Shah Alam (HSA).

Wanita bertuah itu antara tujuh ibu yang disantuni Yayasan Kita Anak Malaysia dan menerima sumbangan hamper dan barangan bayi.

Siti Mariam berkata, dia dimasukkan ke dalam wad bersalin itu selepas mengalami kesakitan kontraksi kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

Sementara itu Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Kita Anak Malaysia, Prof. Madya Dr. Sara Chinnasamy berkata, hospital itu merekodkan lima bayi lelaki dan dua bayi perempuan dilahirkan bermula pukul 12.17 tengah malam sehingga 9.34 pagi semalam.

“Lima daripada bayi itu dilahirkan secara normal,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya