Pasangan suami isteri dituduh edar kanabis

Pasangan suami isteri dituduh edar kanabis

NURUL Wahida Mohd. Adnan (kiri) dibawa anggota polis selepas berdepan pertuduhan mengedar dadah bersama suaminya di Mahkamah Majistret Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Pasangan suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat lebih 50 kilogram (KG), hujung bulan lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Saiful Syamil Idris dan Nurul Wahida Mohd. Adnan yang masing-masing berusia 32 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret M. Kalaiarasi.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka didakwa secara bersama mengedar kanabis seberat 768 gram manakala dalam pertuduhan kedua, pasangan itu didakwa mengedar kanabis seberat 50,866 gram.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Bandar Seri Astana, di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam, 28 Ogos lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang 12 kali jika tidak dihukum mati.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeya manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 6 Disember depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan kimia. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya